Thursday, March 26, 2009

Impian yang mungkin tak dapat aku rasa tapi Alhamdulillah, aku dah dapat....

1986 - Hari pertama selepas cuti penggal (tak pasti penggal keberapa)....
Aku terjumpa satu nota(about 20 helai).. guide ke UK. Yg masih kuingat, ada peta jalan2 kat England dan cerita about Heathrow airport.
Aku baca2, aku simpan bawah tilam. Bila ada masa aku baca lagi... Aku berangan la masa tu..aku
pun nak pegi belajar kat England. Tapi masa form 4, aku kat kelas sains sosial. Kiranya result aku tak bagus sangat la compare ngan kawan2 aku yang dapat kelas sains. Aku pun dapat kelas sains jugak, tapi kelas yang akhir skali. English group aku pun D. Aku tukar fikiran, mohon kelas sains sosial jugak. Belajar akaun, add math tapi tak ambil sejarah. Kawan aku yang amik sejarah, sekarang dah jadi lawyer dan punyer firm nya sendiri selepas graduate UIA.
Aku pun ada baca satu cerpen, sampai sekarang masih ku ingat. Kisah satu kakak yang belajar kat oversea, kirim daun maple yang luruh kat adik dia. Sebagai tanda untuk kuat belajar kat adik dia...
Aku pun berangan jugak time tu..aku pun nak pegi England.
Syukur pada Allah, kerana Dia telah makbulkan doa ku yang hanya ku titipkan dalam anganku.
Suatu petang, aku tengah jerang nasi untuk buat nasi air ( special punyer nasik air...aku perasan la..tapi kawan aku ramai yang gemar makan), tepon umah sewa berbunyi. Dihujung talian, suara satu perempuan memberitahuku, application untuk sambung degree kat Portsmouth dah berjaya. Aku cakap kat perempuan tu..aku tak caya. Ni mesti ada yang mahu kenakan aku...
Aku gelak2. Pas tu dia serious..aku suruh dia introduce dirinyer... ya betul! aku dah dapat. Aku duk sembang tanya itu ini, last2 nasik air aku hangit terus...
Allah memudahkan urusan eventhough orang lain dah dapat tiket nak fly.. Aku baru nak jengah tangga pejabat Mara kat Medan Mara.
Sept 94, aku terbang juga ke London menuju Portsmouth.
3 tahun dibumi UK, Alhamdulillah aku dah ada sekeping ijazah : BA(Hons) Accounting dalam clear folder together with 3 birth certificates anak2 ku. Tapi aku tak bergelar Akauntan buat masa sekarang...... What's next in my career... aku rasa mcm tak dak apa yang aku buleh buat ..
Harap2 what am i doing now.. Allah memberkati aku dan keluarga ku...
"Rabbana hablana min azwajina wa zzurriyatina qurrota a'yuni waj'alana lil muttaqina imama"

No comments:

Post a Comment